Tuesday, April 21, 2009

Hati & Mati

22/4/09

Hati.

Tak mudah memelihara hati untuk sentiasa bersih. Aku sendiri selalu digoda syaitan setiap hari.

Mati.

Kena selalu ingat kita akan mati dan bertemu Maha Pencipta.

Masalah duniawi yang bergusar di dalam hati kita akan menjadi sekecil-kecil perkara yang tidak seberapa untuk dikusutkan lagi.

Jadi, ingat Allah S.W.T bila hati dibisik syaitan agar hati tidak mati.


..........................................................................................................................................................................

Extracted from: Tazkirah Jumaat: Mengapa Muslim biarkan hati mati
Ustaz Zainudin Hashim Fri Apr 17, 09 10:07:12 am MYT


Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya.

Pada hatilah letaknya niat seseorang.



Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.


Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.


Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

*� Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

*� Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

No comments:

Followers

My Blog List

Powered By Blogger